Pelik dengan tindakan kerajaan yang memansuhkan PPSMI tetapi perlaksanaannya begitu berdolak-dalik seperti tidak ingin dan tidak rela untuk melepaskan apa yang diperjuangkan sebelum ini iaitu memartabatkan bahasa inggerris dan membunuh bahasa melayu.
Lebih terkedu lagi apabila Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia memberi amaran, iaitu melarang para guru mula menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012. Beliau mengugut bahawa guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran. (Malaysiakini 19 Ogos 2009)
“Kita akan ambil tindakan terhadap guru-guru, pengetua. Dia dikira melanggar dasar,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya.
Tambahan pula Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin seringkali menunjukkan keperihatinannya terhadap kegusaran golongan elite yang bimbang anak-anak mereka akan menjadi mangsa pemansuhan PPSMI. Jesteru itu beliau pun mengambil langkah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mate dan sains dalam bahasa Melayu hanya untuk tahun 1 pada 2012 dan akan diajar sepenuhnya di sekolah rendah pada tahun 2016. Perlaksanaan sepenuhnya sehingga sekolah menengah adalah pada tahun 2023. Nasib setengah juta pelajar terutamanya pelajar luar Bandar yang tercicir setiap tahun akibat perlaksanaan PPSMI ini dipandang sebelah mata sahaja oleh kementerian beliau.
Pelbagai alasan diberi oleh kementerian pelajaran kenapa mereka hanya boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mate&sains dalam bahasa melayu hanya pada tahun 2012 dan bukan pada tahun 2010 ataupun 2011 (tarikh yang paling sesuai). Antaranya adalah masalah menyediakan buku teks, terjemahan dan guru terlatih. Bagaimanapun Persatuan Penterjemah Malaysia percaya kita tidak mempunyai masalah guru dan buku teks seperti yang dikatakan. Oleh sebab itu ia merupakan sebuah helah sahaja. Kenapa pada masa dahulu Dr Mahathir dengan mudah mengarahkan Kementerian Kerajaan untuk mamijak, mencampak dan memperlekehkan bahasa Melayu dalam masa 6 bulan sahaja?
Oleh itu masalah ini adalah pada pendekatannya sahaja kerana pada dasar dan prinsipnya sudah ditetapkan untuk memansuhkan PPSMI. Oleh yang demikian Menteri Pelajaran perlu telus dan menilai semula strategi perlaksanaannya. Janganlah cuba mempermainkan dan memperbodohkan rakyat seperti menteri pelajaran sebelum ini yang sememangnya tidak boleh pakai langsung sehingga menyebabkan ramai cerdik pandai hilang kepercayaan terhadap Kementerian Pelajaran malah ahli politik Melayu dan birokerat kerajaan. Cukuplah ditipu sekali masa dahulu. Rakyat tidak rela ditipu lagi.
Ps: kalau sakit kepala makan ubat sakit kepala. Jangan makan ubat julab. Nanti penyakit tidak sembuh lain pula penyakit yang bertambah.
Thursday, August 27, 2009
Dolak dalih penggunaan Bahasa Melayu dalam subjek Mt & Sains
Posted by mn-hADi at 8:26 AM
Monday, May 25, 2009
Hujah pendokong tegar PPSMI
Apabila mereka ketandusan fakta dan hujah untuk menyokong PPSMI, maka mereka (terutamanya big boss mereka Tun Dr Mahathir) pasti akan menggunakan hujah provokasi dan lidah bercabang seperti berikut:
1. Pejuang bahasa menentang bahasa inggeris. Ini bermakna mereka menolak kemajuan kerana bahasa inggeris adalah bahasa global.
2. Kebanyakan mereka yang menentang PPSMI berlatar belakang pendidikan inggeris dan mereka sekarang dilihat telah berjaya. Mereka nampaknya tidak mahu anak Melayu lain berjaya seperti mereka.
3. Isu PPSMI telah dipolitikkan oleh pembangkang. Pejuang bahasa telah diperalatkan.
4. Kejayaan PPSMI hanya akan dapat dilihat 10 tahan akan datang. Lihatlah 10 tahun akan datang mereka pasti akan berterima kasih kepada kerajaan kerana dasar PPSMI ini telah membuatkan anak Melayu berjaya bersaing diperingkat global. Tidak mengapa kalau mereka mengutuk BN sekarang kerana kita buat untuk kebaikan rakyat.
5. Cintakan bangsa bukan kerana bahasa semata-mata. Tetapi adalah menaikkan martabat bangsa untuk menjadi bangsa berilmu. Tidak guna berjuang mempertahankkan bahasa jika bangsanya menjadi bangsa yang mundur dan ketinggalan.
6. Ilmu yang baru sentiasa berkembang dan bahasa yang digunakan adalah dalam bahasa inggeris. Dengan dasar PPSMI, maka bolehlah budak sekolah rendah membaca kertas kerja seorang professor.
8. Kegagalan pelajar terutamanya pelajar luar bandar bukan kerana dasar PPSMI tetapi kaedah perlaksanaannya. Guru-guru didapati tidak mahir dan masih lemah dalam bahasa inggeris. Jadi jangan mansuhkan PPSMI, tapi tambah peruntukkan untuk memperbaiki perlaksanannya.
9. Kajian PPSMI yang dibuat tidak mengikut kaedah yang betul. Sebab itu dasar ini dilihat sebagai gagal. Kajian yang betul pasti akan melihat dasar PPSMI ini adalah dasar yang bagus dan patut diteruskan.
10. GMP dan pejuang bahasa terlalu emosional. Cuba berfikir secara logik dan matang. Pasti mereka akan tahu bahawa dasar ini banyak memberi kelebihan kepada pelajar.
11. Hanya dua subjek diajar dalam bahasa inggeris. Subjek lain diajar dalam bahasa melayu. Jadi ini tidak melanggar perlembagaan dan tidak menjadi masalah untuk mengekalkan jati diri bangsa Melayu.
12. Tidak mahir bahasa inggeris, maka susah untuk cari kerja. Jadi dengan PPSMI, kita mengajar pelajar untuk mahir berkomunikasi bahasa inggeris dengan betul.
13. Memansuhkan PPSMI akan merugikan Melayu dan Malaysia. Kita akan menjadi bangsa yang terus ketinggalan dan diperlekeh. Pada masa itu bahasa yang kita pertahankan tidak dapat membantu kita untuk untuk menjadi negara yang maju.
_________________________________
Begitulah hujah pendokong PPSMI. Hujahnya kosong dan tidak disertakan dengan fakta. Cuma andaian dan provokasi. Mereka memutar belit hujah berdasarkan nafsu dan pandangan peribadi semata-mata. Selagi Najib, Muhyiddin dan hishamuddin (pendokong tegar PPSMI) mengepalai dibarisan hadapan BN, maka laluan pejuang bahasa amat sukar dan boleh dikatakan sebagai misi mustahil.
Posted by mn-hADi at 6:23 PM
Tuesday, May 19, 2009
dalam ingatan..

pejam celik, pejam celik.. akhirnya 5 bulan berlalu.. banyak yang telah aku belajar selama 5 bulan ini.. pengalaman yang manis, pahit, indah, mencabar semua ada.. perjuangan belum selesai.. perjalanan masih jauh.. go go go..





