Monday, July 14, 2008

Lipton vs Boh


Salam..

Sekarang aku tgh tgk sitcom orang putih sambil menikmati teh kosong yang panas. Menikmati teh kosong membuatkan aku teringat zaman kat kolej. teh adalah minuman wajib yang mesti aku ada (sama penting mcm meggi). Kenapa teh begitu penting?, kenapa tidak milo, kopi, susu, susu lembu, susu kambing, coca cola, horliks, juice, air bekarbonat dan mcm2 lagi yang nyata lebih sedap dan berpotensi manambah bilangan pesakit kardiovaskular dan diabetes di Malaysia.. kenapa boh menjadi pilihan(kdg2 dicampur dengan teh wangi)? Adakah benda itu ada kandungan yang boleh buat orang ketagih meminumya.. oo sudah tentu sekali tidak!!.. Cuma satu sebab yang besar dan kukuh (seperti jambatan jln raya kl yang tlh dibaiki Samy Vellu), iaitu Duit!!..

Semasa kita student, segala2nya kita kena kira dan berjimat cermat. Begitulah juga aku bezanya aku sampai skrg pun kena berjimat sebab skrg kocek tgh kosong. Semasa di U dahulu, aku adalah salah seorang yang kira bertuah kerana mendapat biasiswa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun jumlahnya sikit kalau dibandingkan dengan pinjaman ptptn (tp syukur tak payah bayar balik). Di tolak dengan yuran, belanja hanya tinggal RM 1200 je dan kalau dibahagi dengan 4 bulan (1 semester = 4 bulan), maka jumlah perbelanjaan sebulan adalah RM 300. Bajet Rm 10 Sehari..

Oleh itu langkah berjimat cermat harus dipraktikkan. Bilik aku dulu blehlah dikatakan bilik tumpuan kawan2 aku. Mereka selalu datang bersembang, buat assignment dn mcm2 lagi lah (mmg best saat tuh). Sebelum ni aku suka beli minuman berpaket (milo, horliks, teh 3 in 1, dll), kadang2 aku beli serbuk milo dlm tin dan susu pekat.. sedap!! Oleh itu bila kawan2 aku datang, aku selalu hidangkan minuman ini dan akhirnya minuman2 tersebut cepat habis tidak sampai seminggu pun. Bajet melebihi apa yang sepatutnya.. aku selalu berbuat begini= kalau aku membelanjakan5 ringgit dalam satu hari , maka bajet makan aku untuk hari tu adalah tinggal rm5 saja. kalau aku beli minuman pek RM 10, maka untuk 2 hari aku belanja RM 5, begitulah aku mengira bajet untuk belanja makan.

Oleh itu membeli minuman berpek dan serbuk milo cukup merugikan. Ops, maksud aku bukan rugi dalam bersedekah hidang kwn2 minum, tapi dari segi bajet. Kalau tidak hidang minuman aku rasa kurang best(sbnrnya kwn2 tak kesah pon).. aku lebih suka hidang minuman dan minum sama2, Seronok!!. Walaubagaimanapun ada masa aku kesempitan wang tidak mampu mmbeli air2 sedap begitu.. Sehinggalah akhirnya aku dapat idea ketika aku ke bilik member aku.. dia hidangkan aku dengan air teh kosong (teh boh serbuk + gula + air panas).. kemudian kami bersembang pasal teh, kawan aku cakap "buat teh ni best, buat air satu jag boleh guna serbuk teh tak sampai satu sudu besar, berbulan2 baru habis, harganya pun murah".. wah, brillian!!, fantastik!!, maka aku pun ikut style member aku.. beli teh serbuk sama ada boh atau nepton dan gula.. ada member datang aku hidangkan..

First time aku hidangkan teh kat member aku (dlm jag), mereka tak dapat minum, terlalu pekat kata diorang.. kadang2 terlalu manis.. baru aku tau buat teh tidaklah semudah yang disangka, dulu aku pelik kenapa dalam tv, selalu bos kalau nak mengorat setiausaha diorang, diorang cakap" sedap kopi awak@ sedap teh awak, pandai awak buat teh, saya suka, kalau jadi bini..", dalam hati aku adaker teh tak sedap, kan sama jer rasanya tuu, rupa2nya aku telah buktikan sendiri aku telah buat teh yang tak dapat diminum.. sehinggalah aku mendapat tunjuk ajar dan petua menyedapkan teh contohnya campur teh wangi dan bermacam2 teh.. Akhirnya teh aku pun menjadi normal dan boleh diminum.. oooh, sedap ada umph!! hehehe.. Selepas itu teh menjadi sebahagian dari diri aku sama penting macam meggi sampailah tahun akhir.. teh pilihan adalah Boh dan Nepton. Kenapa aku tak pilih kopi@ nescafe, kan jimat juga tuu.. jawapannya mudah!! aku tak suka!! tak sedap!! banyak kafen!!

Begitulah teh telah membawa kembali kenangan masa lalu.. Sedap dan Murah!!.. jag dan cawan pun mudah dibasuh berbanding minuman milo dan lain2 (wlupun seminggu tak dibasuh, kesan teh mudah tanggal)..

Hmm, jadi mana yang lebih sedap, teh boh atau Lipton?! Tunggu apa lagi, buat lah teh kosong sekarang dan bandingkan mana yang sedap.. peminat Siti Nurhaliza pasti akan berkata teh yang paling sedap adalah teh sabah iaitu produk C-tea.. wah haha..

wslm