Sunday, December 19, 2010

Mencerai beraikan laptop



Laptop compaq Presario V3000 aku sejak kebelakangan ini selalu ada masalah (membuatkan aku sering terfikir untuk membeli laptop yang baru apakan daya budget tidak ada). Baru buka dalam 30 minit tengok youtube, laptop aku ter 'shut down' sendiri kerana terlalu panas (overheat). Perkara ini bukan sahaja membuatkan processor aja yang panas, kepala aku pun jadi overheat juga. Mula-mula aku ingatkan kipas penyejuk (cooling fan) yang bermasalah, tapi bila aku dengar betul-betul dekat telinga, masih kedengeran bunyi kipas berpusing. Jadi untuk pastikan betul-betul apa masalah laptop aku, buat kali pertama aku pun mencerai beraikan laptop aku sampai cuma tinggal mother board aje. Hampir 3 jam jugala aku bertungkus lumus buat benda ni. Akirnya aku telah menjumpai punca sebenar masalah laptop aku. Masalahnya cuma ruang cooling fan laptop aku penuh habuk sehingga menutup segala lubang-lubang saluran udara. Akibatnya udara padas tak dapat disalurkan ke luar dan suhu processor laptop aku meningkat mendadak. Nasib baik bila aku pasang balik semuanya beres dan tak ada masalah. Biasalah, membuka lebih senang dari menutup ( ehem, sila berfikiran positif ).Kekeke.. tengok lah, anak buah aku kalau nak buka pagar, buka pintu, buka cermin, buka mainan memang dia pandai, tapi kalau nak tutup balik tak dapat.

Boleh rujuk laman web ini sebagai rujukan untuk mencerai-beraikan laptop. Dan Banyak lagi di google. Sekarang kalau nak belajar semuanya di hujung jari.