Sunday, December 12, 2010

Tuah ayam nampak di kaki

Peraduan Petronas yang menawarkan hadiah mencapai 100k, peraduan Power Root Tongkat Ali yang boleh mentransform anda menjadi jutawan power root, Sijil Simpanan Premium yang menawarkan pelbagai hadiah meletup-letup dan macam-macam lagi peraduan yang ditawarkan sememangnya membuatkan orang mudah terpengaruh seterusnya meningkatkan indeks penjualan sesuatu product. Ada yang betul manakala ada pula yang auta hanya mahu melahap duit pengguna.

Peraduan-peraduan sebegini juga kadang-kadang boleh membuatkan aku terpengaruh contohnya cabutan tiket bertuah kat pasaraya. Sekiranya membeli barang melebihi RM 3o, maka ada peluang untuk menang. Janji isi borang dan nombor telefon dan letak ditempat yang disediakan. Akhirnya menang pun tidak, malah berjela-jela masuk panggilan pencangak-pencangak yang menawarkan bermacam-macam produk dan meminta nombor kad kredit sebagai pengesahan. Maka banyaklah yang terlepas cakap nombor kad kredit dan akaun kepada si penyangak menapuk dahi dan bergeleng sebab duit habis lesap.

Oleh itu, aku tidak begitu percaya pada rezeki mudah yang datang bergolek tanpa usaha. Hendak mendapatkan kereta idaman (ehem.. aku dah beli kereta Ranger XLT) pun kena berhutang dan ikat nafsu (hah, ni yang payah, sejak beli kereta indeks kewangan aku terasa menggigit kalbu). Terpaksa korbankan banyak benda yang aku minat contohnya motorsikal besar, xbox, komputer & Notebook, jam mahal, telefon 3G dan banyak lagi. Bukannya aku tidak percaya pada tuah, tetapi bagi aku sesuatu benda itu sekiranya kita hendak dapatkan mestilah didahului dengan usaha.

Jadi sekiranya ada peraduan seperti Power Root Tongkat Ali, maka aku hanya tersenyum sambil berfikir, tidak mungkin aku boleh dapat rezeki semudah itu. Dan tidak sanggup aku makan meggi dan mee sedap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu semata-mata untuk berjimat supaya dapat membeli product Power Root lantas minum Power Root setiap masa supaya jadi jutawan power root (banyak minum tongkat ali boleh membuatkan jiwa raga orang bujang menjadi.. ehem.. tidak tenteram baah). Hanya orang pendek akal sahaja yang sanggup meniggalkan flight semata2 pergi ke supermaket membeli Power Root untuk jadi jutawan seperti dalam iklan Power Root di TV.Walau bagaimana pun aku tidak mengatakan perkara itu mustahil sekiranya Allah mengkehendakinya.

Aku teringat masa sekolah menengah, semasa belajar subjek reproduksi, cikgu sains aku pernah berkata bahawa setiap kita adalah bertuah. Tengoklah betapa banyak hingga berjuta sperma hendak menembusi ovum, tetapi kita juga yang terpilih dan bukan adik beradik kita. Pada masa itu, aku yang masih tingkatan 2 pun berfikir, betul juga!! Maka aku mula menaruh keyakinan terhadap tiket bertuah yang aku beli semasa ada event kat sekolah, peraduan kat pasaraya yang menawarkan bemacam-macam hadiah, internet dan macam-macam lagi. Akhirnya dalam hidupku ini, ada 2 kali aku berjaya untuk tiket bertuah, sekali semasa di maktab kerana menderma untuk kebajikan yang dianjurkan oleh kelab Pandu Puteri. Aku berjaya mendapat sebuah buku nota kecil sebesar buku 555 yang boleh aku tulis hutang-piutang aku dan penggosok kuku kaki perempuan. Yang kedua semasa sambutan hari guru yang mana aku berjaya mendapat sebungkus mee maggi dan sebotol coca-cola. yea oh yea yeaeaah!! tapi kedua-duanya aku tidak pun berniat untuk memenangi tiket bertuah tersebut disebabkan ikhlas ( Sebenarnya ada juga hati jahat aku yang sememangnya tidak tertarik dengan hadiah yang murah.. kuang, kuang).

Patah balik dengan apa yang cikgu aku cakap, semuanya memang betul. Walau bagaimanapun, hari berganti hari, jambang dan janggut semakin tumbuh (ehem..semakin macho.. perasan cess!!), perut semakin buncit (kasi spoil lar, cess!!), aku semakin mengerti. Mengerti bahawa walaupun semasa aku masih berstatus sperma dan the one and only mendapat pelancongan masuk ke ovum, tetapi ia bukanlah hanya lucky semata-mata. Bukankah sebelum menang, aku yang masih sperma ini terpaksa berlumba berenang dengan jutaan sperma yang lain di dalam faraj, kemudian setelah sampai ke lapisan ovum, berlumba pula menggerudi untuk masuk ke dalam Ovum. Ini bermakna aku yang sperma bukanlah duduk diam bergoyang ekor sahaja menunggu ovum yang panggil aku. Aku yang masih sperma juga berusaha keras untuk menang.

Begitulah hidup kita sekarang, kita mestilah berusaha, berdoa dan bertawakal. Kita sememangnya insan yang bertuah sekiranya kita menerima diri kita seadanya. Bersyukurlah kerana kita sangat bertuah. Dan Tuah itu adalah anugerah dan pertolongan Tuhan kepada kita. Alhamdulillah.